SURAT PENGAWAL KESELAMATAN KELANTAN KEPADA TUN DR. MAHADHIR , PPD JPN JTK BUNTU .

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum ,

Setelah 2 tahun bertungkus lumus ke hulu ke hilir turun dan naik pejabat Jabatan Tenaga Kerja Kelantan , PPD dan JPN dengan 12-13 kertas siasatan JTK (rujukan KS 10301/ 2017/ 0017) dan satu pendakwaaan di Mahkamah Majestret Kota Bharu (rujukan DA-87-899-08/2018) pada 27 September 2018 terhadap Syarikat Intelligent Security Systems Sdn Bhd , akhirnya kami tiada jalan ikhtiar lain untuk cuba mendapatkan campurtangan pihak eksekutif pentadbiran negara Malaysia agar segera menyemak kembali tender yang diamanahkan kepada syarikat yang disebutkan tadi yang masih berbaki 1o bulan . Yang mana penantian setiap bulan itu cukup menyiksakan .


Di sini, kami lampirkan salinan surat tersebut .


Pelbagai cara yang telah kami patuhi dalam melaporkan perkara ini kepada pihak atasan  Kementarian Pelajaran mahupun Jabatan Tenaga Kerja , namun penderitaan kami di bawah ini dipandang sepi , maklumlah tiap-tiap 27 hb bulan poket penjawat awam dipenuhi gaji . Manakala CABLE, ISS Sdn Bhd ni cukup besar dan kuat.  Di sini, siapalah kami ?


Di sini kami ingin memaklumkan beberapa peristawa yang menyayat hati akibat tekanan kewangan dan stress melampau apabila gaji tidak masuk seperti yang di janji tepati majikan yakni tidak melebihi 7 hari (akta JTK) :

1. Seorang pengawal keselamatan SMK Panji mati/meninggal dunia akibat lemah jantung semasa bertugas tatkala stress menunggu gaji 2 bulan tertangguh (ketika itu)

2. Anak kecil hisap botol pek air teh o beng kerana bapa dan ibu tak mampu membeli susu tepung .

3. Anak yang bersekolah terbantut persekolahan, selalunya ON dan OFF dan bergilir-gilir untuk kesekolah dengan biayaan RM1 . Apa yang boleh di beli di kantin dengan RM1 hari ini ?

4. Kena halau rumah sewa yang selesa dan terpaksa mencari rumah sewa yang daif dengan harga yang termurah.

5. Hampir bercerai suami isteri .

6. Kereta kena tarik , rodtax tak terbayar .

Ya Allah besarnya ujianmu tuhan , semoga dengan suratan ini mendapat pendengaran Ilahi .

Moga kami dilayan setaraf dengan warganegara yang mempunyai ic di negara ini .

Wassalam .

Pautan :

48 pengawal keselamatan tak di bayar gaji, demonstrasi depan SPRM Kelantan

Gaji Tertunggak 2 bulan pada Oktober 2017-Sinar harian 










Comments