SURAT PENGAWAL KESELAMATAN KELANTAN KEPADA TUN DR. MAHADHIR , PPD JPN JTK BUNTU .
Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum , Setelah 2 tahun bertungkus lumus ke hulu ke hilir turun dan naik pejabat Jabatan Tenaga Kerja Kelantan , PPD dan JPN dengan 12-13 kertas siasatan JTK (rujukan KS 10301/ 2017/ 0017) dan satu pendakwaaan di Mahkamah Majestret Kota Bharu (rujukan DA-87-899-08/2018) pada 27 September 2018 terhadap Syarikat Intelligent Security Systems Sdn Bhd , akhirnya kami tiada jalan ikhtiar lain untuk cuba mendapatkan campurtangan pihak eksekutif pentadbiran negara Malaysia agar segera menyemak kembali tender yang diamanahkan kepada syarikat yang disebutkan tadi yang masih berbaki 1o bulan . Yang mana penantian setiap bulan itu cukup menyiksakan . Di sini, kami lampirkan salinan surat tersebut . Pelbagai cara yang telah kami patuhi dalam melaporkan perkara ini kepada pihak atasan Kementarian Pelajaran mahupun Jabatan Tenaga Kerja , namun penderitaan kami di bawah ini dipandang sepi , maklumlah tiap-tiap 27 hb bulan poket penjawat awam dipe...