#SPRM Siasat Tender Rasuah Intelligent Securiti Services Sdn Bhd jadikan 48 pengawal keselamatan sekolah di Kota Bharu menderita

Bismillah hirrahman nirrahim .




Kami pengawal-pengawal keselamatan sekolah zon KB02 Kota Bharu Kelantan akan memuat naik segala bukti-bukti berbentuk dokumen , rakaman visual , rakaman audio , video berkaitan dengan ketidakbertanggungjawaban syarikat Intelligent Security Services Sdn Bhd gagal membayar gaji pekerja dengan sempurna  .

 
Syarikat ini tak padan dengan nama . Macamana syarikat yang tak kukuh kewangannya mendapat tender pengawal keselamatan sekolah ?

Sudahpastinya melalui pintu belakang yang penuh rasuah dan tipu helah dan akhir sekali syarikat ini terjerat diri sendiri hinggakan semput-semput untuk menyelesaikan tunggakan gaji pekerja walaupun hampir setahun mengambil alih tender 1 September 2016 lalu .

Kami telah pun bersabar untuk sekian lama. Walaupun kaedah ini agak keras dan terbuka namun kali tiada jalan lain setelah setiap bulan turun naik di Jabatan Tenaga Kerja dan Pejabat Pendidikan Daerah PPD sebagai jalan usaha mendapatkan nafkah pencarian seuap nasi kami . Kami yang bekerja tapi terpaksa menuntut hak gaji seperti peminta sedekah ? Patutkah ?

Kami yakin Allah Taala Maha Adil dan segala tawakkal ini , Insyaallah merubah nasib kami.
Semoga pihak yang berkaitan seperti SPRM , Kementerian Pendidikan , JPN, PPD dan JTK menyiasat dan membuat keputusan yang baik. Insyaallah

Comments

Post a Comment